Wednesday, 27 July 2011

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

 
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterimapakai. Prinsip-prinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke - 20 Di Vienna, Itali dalam tahun 1965. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:-


KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ia wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, yang berkekalan di kalangan manusia.


KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.


KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama, dan ideologi.


KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang Negara, Persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.


KHIDMAT SUKARELA
Ia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.


KETUNGGALAN
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.


KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu diantara satu sama lain.








Tuesday, 26 July 2011

SERTAILAH KAMI SEKARANG SEBAGAI SUKARELAWAN BSMM!!!

Kepada anda yang berminat dalam kerja - kerja sukarela, ini merupakan berita baik untuk anda. Kepada anda yang tinggal disekitar Kuala Lumpur / Selangor, kami di Pasukan Bantuan Sukarela 01, Kuala Lumpur kini mengadakan pengambilan ahli baru bagi sessi 2011. Sertailah kami dan anda akan dapat merasai sendiri pengalaman sebagai ahli sukarela. Anda boleh mengambil bahagian dalam perkhidmatan yang tersedia ;

  • Perkhidmatan Ambulans Kecemasan / Bukan Kecemasan.
  • Tugas bantuan bencana di dalam dan di luar negara.
  • Tugas tunggu sedia (stand-by duty) di acara - acara sukan, keramaian, dan sebagainya.
Latihan akan diberikan. Melalui penyertaan anda ini juga, anda dapat memperolehi kenalan baru tanpa mengira usia dan latar belakang. Untuk keterangan lanjut atau kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Encik Nor Helmee Bin Kamaruddin, Anggota Y/M Keahlian dan Kebajikan VAD 01 di talian 013 - 2779505.

Friday, 22 July 2011

Majlis Pentauliahan Pelantikan AJK, Pegawai Kanan PBS dan Guru Penasihat BSMM KL 2011

     Pada 20 Julai 2011, bertempat di Pusat Komuniti Wanita Desa Pandan, telah berlangsung satu Majlis Pentauliahan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan W.P. Kuala Lumpur bagi penggal 2011 - 2013 serta semua Pegawai Kanan Pasukan Bantuan Sukarela BSMM KL dan Guru Penasihat BSMM bagi Sekolah -Sekolah yang berdaftar dengan BSMM KL. Perasmian Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Noordin Bin Hj. Abdul Razak, Pengerusi BSMM KL.

     Dalam Majlis itu, hampir kesemua Ahli Jawatankuasa BSMM KL dan Komandan serta wakil PBS hadir dan menerima tauliah pelantikan dari Y.Bhg. Datuk. Dalam ucapannya, Y.Bhg. Datuk menekankan kepada hadirin bahawa walaupun BSMM adalah sebuah persatuan, namun autoritinya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemberi bantuan kemanusiaan sejagat tidak dapat disangkal lagi.

     Majlis yang berlangsung serba ringkas tetapi penuh pengisian itu berakhir dengan acara bergambar kenangan oleh AJK - AJK dan komandan - komandan pasukan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai kanan PBS yang hadir. - Admin. 

Monday, 20 June 2011

Visi dan Misi VAD 01

Visi

Matlamat kami adalah menjadi sebuah pasukan yang mempunyai keupayaan dari segi kepimpinan, pengurusan, latihan dan tenagamanusia serta menjadi peneraju dalam lapangan sukarela berdasarkan 7 prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 





Misi

VAD 01 sentiasa berusaha sedaya upaya mempertingkatkan kemahiran dan memupuk sifat kepimpinan dikalangan pegawai serta anggota agar ia sejajar dengan visi pasukan.

VAD 01 sentiasa mengamalkan konsep pengurusan yang sistematik, efisyen dan terbuka agar ia dapat memberi manfaat kepada semua lapisan anggota.

VAD 01 sentiasa mempertingkatkan tahap latihan dari semasa ke semasa agar ia relevan dengan keadaan, ilmu dan kemahiran  melalui pelaksanaan kursus-kursus dan latihan semasa.

VAD 01 sentiasa bersiap siaga setiap masa walau dimana jua untuk berkhidmat kepada masyarakat umum sesuai dengan motto BSMM  iaitu ‘Anytime,Anywhere’, melalui pengagihan tenagamanusia yang efektif.





Sunday, 19 June 2011

Pengenalan VAD 01, KL

VAD 01, Kuala Lumpur adalah sebuah pasukan subsidiari dibawah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Pasukan yang dikenali juga sebagai VAD Elit Kuala Lumpur, mempunyai lebih 30 anggota LLP dan 3 orang pegawai kanan bertauliah. Nama VAD Elit diberi atas dasar perkhidmatan yang disalurkan oleh VAD ini dan juga diatas semangat yang ditunjukkan oleh anggotanya, bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan. 
    
Kini, VAD ini terus berkembang sejak penubuhannya sejak 8 tahun yang lalu dan terus mengorak langkah dalam menjadikan pasukan ini lebih dinamik dan berwawasan. Pegawai dan anggota VAD 01 kini juga lebih berkelayakan dengan gabungan anggota lama dan baru yang berazam membawa nama VAD 01 ke tahap yang lebih cemerlang. Dengan kehadiran anggota - anggota VAD yang terdiri dari pelajar tahun akhir Diploma Sains Paramedik dan gabungan pegawai lama yang berpengalaman dalam mengendalikan pasukan, VAD 01 diharapkan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti. Inilah azam dan semangat anggota VAD 01 kini.

Tugas yang diperuntukkan kepada BSMM juga lebih mencabar seiring dengan peredaran masa. Antara tugas tersebut termasuklah tugas tunggu sedia (standby) dalam acara - acara kerajaan, swasta, dan sebagainya yang memerlukan anggota VAD senantiasa bersiap sedia walau dimana jua ia berada.

Kejadian bencana juga dewasa ini sering berlaku dan kesiap siagaan anggota sukarela amat diperlukan. Disinilah peranan anggota VAD diutamakan dimana khidmat anggota sukarela ini tidak terbatas pada hari kejadian sahaja tetapi juga merangkumi hari - hari berikutnya sehinggalah pusat pemindahan sementara yang dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ditutup. Mereka ini lah yang bertungkus lumus dalam memastikan keperluan mangsa - mangsa bencana diambilkira. Ini  merujuk kepada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor pada tahun 2008. Semua agensi penyelamat dan sukarela turun padang dalam memastikan segalanya berjalan lancar. Syabas diucapkan kepada semua anggota sukarela terutama kepada sukarelawan BSMM!

Akhir sekali, dalam setiap gerakerja kebajikan dan khidmat masyarakat, BSMM amnya dan VAD 01 khasnya adalah pemberi khidmat utama kepada komuniti di Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Sekian. - Admin.

Thursday, 16 June 2011

Pegawai Penjaga Pasukan Bantuan Sukarela 01 (Officers / Members In - Charge).

Tugas Awam dan Operasi / Public Duty and Operation :
Tuan Muhammad Faiz Bin Mahmud, P.J.T.

 Latihan dan Pengurusan Tenaga Manusia / Training and Manpower Management :
Tuan Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.

Dokumentasi dan Perhubungan Awam / Documentation and Public Relation :
D.Cpl. Ed Nursham Bin Mohamed Anuar.

Keahlian dan Kebajikan / Membership and Welfare :
D.Cpl. Nor Helmee Bin Kamaruddin.
  
Logistik dan Perolehan / Logistic and Acquisition :
D.Cpl. Affanddi Bin Ras.
  
Dana dan Kewangan / Fund and Finance :  
D.Cpl. Nurul Izzati Binti Khasim.

Rekod dan Teknologi Maklumat / Record and Information Technology :
D.Cpl. Nurul Huda Binti Yakub.

Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi / Administration and Organizational Development :
D. Sgt. Eugene Wong Ying Wei.

Senarai Pegawai dan Anggota Pasukan Bantuan Sukarela (VAD 01)

Komandan : Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.
Penolong Komandan : Muhammad Faiz bin Mahmud, PJT.
Kuartermaster / Bendahari Pasukan : Marzira binti Amir.
Ketua Utama Seksyen / Setiausaha Pasukan : Abdul Rahman bin Abdul Bakil.
 
Ketua Seksyen A (Lelaki) : Eugene Wong Ying Wei.
Ketua Seksyen B (Wanita) : Fitriana Sasmita binti Azwirsah.

Penolong Ketua Seksyen (A1) : Ed Nursham bin Mohamed Anuar.
Penolong Ketua Seksyen (A2) : Nor Helmee bin Kamaruddin.
Penolong Ketua Seksyen (A3) : Affanddi bin Ras.

Penolong Ketua Seksyen (B1) : Nurul Izzati binti Khasim.
Penolong Ketua Seksyen (B2) : Siti Farhana binti Husaini.
Penolong Ketua Seksyen (B3) : Nurul Huda binti Yakub.