VAD 01, Kuala Lumpur adalah sebuah pasukan subsidiari dibawah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Pasukan yang dikenali juga sebagai VAD Elit Kuala Lumpur, mempunyai lebih 30 anggota LLP dan 3 orang pegawai kanan bertauliah. Nama VAD Elit diberi atas dasar perkhidmatan yang disalurkan oleh VAD ini dan juga diatas semangat yang ditunjukkan oleh anggotanya, bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan.
Kini, VAD ini terus berkembang sejak penubuhannya sejak 8 tahun yang lalu dan terus mengorak langkah dalam menjadikan pasukan ini lebih dinamik dan berwawasan. Pegawai dan anggota VAD 01 kini juga lebih berkelayakan dengan gabungan anggota lama dan baru yang berazam membawa nama VAD 01 ke tahap yang lebih cemerlang. Dengan kehadiran anggota - anggota VAD yang terdiri dari pelajar tahun akhir Diploma Sains Paramedik dan gabungan pegawai lama yang berpengalaman dalam mengendalikan pasukan, VAD 01 diharapkan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti. Inilah azam dan semangat anggota VAD 01 kini.
Tugas yang diperuntukkan kepada BSMM juga lebih mencabar seiring dengan peredaran masa. Antara tugas tersebut termasuklah tugas tunggu sedia (standby) dalam acara - acara kerajaan, swasta, dan sebagainya yang memerlukan anggota VAD senantiasa bersiap sedia walau dimana jua ia berada.
Kejadian bencana juga dewasa ini sering berlaku dan kesiap siagaan anggota sukarela amat diperlukan. Disinilah peranan anggota VAD diutamakan dimana khidmat anggota sukarela ini tidak terbatas pada hari kejadian sahaja tetapi juga merangkumi hari - hari berikutnya sehinggalah pusat pemindahan sementara yang dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ditutup. Mereka ini lah yang bertungkus lumus dalam memastikan keperluan mangsa - mangsa bencana diambilkira. Ini merujuk kepada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor pada tahun 2008. Semua agensi penyelamat dan sukarela turun padang dalam memastikan segalanya berjalan lancar. Syabas diucapkan kepada semua anggota sukarela terutama kepada sukarelawan BSMM!
Akhir sekali, dalam setiap gerakerja kebajikan dan khidmat masyarakat, BSMM amnya dan VAD 01 khasnya adalah pemberi khidmat utama kepada komuniti di Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Sekian. - Admin.
No comments:
Post a Comment