Monday, 20 June 2011

Visi dan Misi VAD 01

Visi

Matlamat kami adalah menjadi sebuah pasukan yang mempunyai keupayaan dari segi kepimpinan, pengurusan, latihan dan tenagamanusia serta menjadi peneraju dalam lapangan sukarela berdasarkan 7 prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 





Misi

VAD 01 sentiasa berusaha sedaya upaya mempertingkatkan kemahiran dan memupuk sifat kepimpinan dikalangan pegawai serta anggota agar ia sejajar dengan visi pasukan.

VAD 01 sentiasa mengamalkan konsep pengurusan yang sistematik, efisyen dan terbuka agar ia dapat memberi manfaat kepada semua lapisan anggota.

VAD 01 sentiasa mempertingkatkan tahap latihan dari semasa ke semasa agar ia relevan dengan keadaan, ilmu dan kemahiran  melalui pelaksanaan kursus-kursus dan latihan semasa.

VAD 01 sentiasa bersiap siaga setiap masa walau dimana jua untuk berkhidmat kepada masyarakat umum sesuai dengan motto BSMM  iaitu ‘Anytime,Anywhere’, melalui pengagihan tenagamanusia yang efektif.





Sunday, 19 June 2011

Pengenalan VAD 01, KL

VAD 01, Kuala Lumpur adalah sebuah pasukan subsidiari dibawah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Pasukan yang dikenali juga sebagai VAD Elit Kuala Lumpur, mempunyai lebih 30 anggota LLP dan 3 orang pegawai kanan bertauliah. Nama VAD Elit diberi atas dasar perkhidmatan yang disalurkan oleh VAD ini dan juga diatas semangat yang ditunjukkan oleh anggotanya, bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan. 
    
Kini, VAD ini terus berkembang sejak penubuhannya sejak 8 tahun yang lalu dan terus mengorak langkah dalam menjadikan pasukan ini lebih dinamik dan berwawasan. Pegawai dan anggota VAD 01 kini juga lebih berkelayakan dengan gabungan anggota lama dan baru yang berazam membawa nama VAD 01 ke tahap yang lebih cemerlang. Dengan kehadiran anggota - anggota VAD yang terdiri dari pelajar tahun akhir Diploma Sains Paramedik dan gabungan pegawai lama yang berpengalaman dalam mengendalikan pasukan, VAD 01 diharapkan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti. Inilah azam dan semangat anggota VAD 01 kini.

Tugas yang diperuntukkan kepada BSMM juga lebih mencabar seiring dengan peredaran masa. Antara tugas tersebut termasuklah tugas tunggu sedia (standby) dalam acara - acara kerajaan, swasta, dan sebagainya yang memerlukan anggota VAD senantiasa bersiap sedia walau dimana jua ia berada.

Kejadian bencana juga dewasa ini sering berlaku dan kesiap siagaan anggota sukarela amat diperlukan. Disinilah peranan anggota VAD diutamakan dimana khidmat anggota sukarela ini tidak terbatas pada hari kejadian sahaja tetapi juga merangkumi hari - hari berikutnya sehinggalah pusat pemindahan sementara yang dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ditutup. Mereka ini lah yang bertungkus lumus dalam memastikan keperluan mangsa - mangsa bencana diambilkira. Ini  merujuk kepada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor pada tahun 2008. Semua agensi penyelamat dan sukarela turun padang dalam memastikan segalanya berjalan lancar. Syabas diucapkan kepada semua anggota sukarela terutama kepada sukarelawan BSMM!

Akhir sekali, dalam setiap gerakerja kebajikan dan khidmat masyarakat, BSMM amnya dan VAD 01 khasnya adalah pemberi khidmat utama kepada komuniti di Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Sekian. - Admin.

Thursday, 16 June 2011

Pegawai Penjaga Pasukan Bantuan Sukarela 01 (Officers / Members In - Charge).

Tugas Awam dan Operasi / Public Duty and Operation :
Tuan Muhammad Faiz Bin Mahmud, P.J.T.

 Latihan dan Pengurusan Tenaga Manusia / Training and Manpower Management :
Tuan Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.

Dokumentasi dan Perhubungan Awam / Documentation and Public Relation :
D.Cpl. Ed Nursham Bin Mohamed Anuar.

Keahlian dan Kebajikan / Membership and Welfare :
D.Cpl. Nor Helmee Bin Kamaruddin.
  
Logistik dan Perolehan / Logistic and Acquisition :
D.Cpl. Affanddi Bin Ras.
  
Dana dan Kewangan / Fund and Finance :  
D.Cpl. Nurul Izzati Binti Khasim.

Rekod dan Teknologi Maklumat / Record and Information Technology :
D.Cpl. Nurul Huda Binti Yakub.

Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi / Administration and Organizational Development :
D. Sgt. Eugene Wong Ying Wei.

Senarai Pegawai dan Anggota Pasukan Bantuan Sukarela (VAD 01)

Komandan : Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.
Penolong Komandan : Muhammad Faiz bin Mahmud, PJT.
Kuartermaster / Bendahari Pasukan : Marzira binti Amir.
Ketua Utama Seksyen / Setiausaha Pasukan : Abdul Rahman bin Abdul Bakil.
 
Ketua Seksyen A (Lelaki) : Eugene Wong Ying Wei.
Ketua Seksyen B (Wanita) : Fitriana Sasmita binti Azwirsah.

Penolong Ketua Seksyen (A1) : Ed Nursham bin Mohamed Anuar.
Penolong Ketua Seksyen (A2) : Nor Helmee bin Kamaruddin.
Penolong Ketua Seksyen (A3) : Affanddi bin Ras.

Penolong Ketua Seksyen (B1) : Nurul Izzati binti Khasim.
Penolong Ketua Seksyen (B2) : Siti Farhana binti Husaini.
Penolong Ketua Seksyen (B3) : Nurul Huda binti Yakub.